Dari Meja Penyunting…. (Edisi No. 6/Disember 2015)

(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

Segala puji bagi Allah taala dan dengan iziNew-Year-2016nNya Wasat bertemu lagi dengan pembaca dalam edisi no. 6.

Edisi lalu Wasat mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada para
pembaca. Kali ini, Wasat ingin memanjatkan sekali lagi doa kesejahteraan bagi semua pembaca bersempena tahun baru Masehi yang akan datang sebulan lagi. Moga tahun baru yang akan menjelang akan membawa lebih kebaikan bagi semua. Walau pun tahun baru Masehi adalah budaya asing, tapi tidaklah mengapa rasanya untuk dijadikan kesempatan untuk menyampaikan doa yang baik untuk para pembaca sekalian, walau diakui doa sedemikian boleh disampaikan pada bila-bila masa dan tanpa perlu menunggu apa jua sempena termasuk kehadiran tahun Hijrah.

Wasat kali ini menghidangkan sekali lagi empat juadah artikel.

Artikel pertama dalam bahasa Inggeris bertajuk Wasatiyah With Regards to Correcting the Government or the Authorities dipetik dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Islam Singapura terbitan Pergas (2004). Ini bukan kali pertama, Wasat menerbitkan semula bahan-bahan dari buku tersebut sebagai artikel. Penerbitan semula bahan-bahan ini dirasakan perlu kerana, setelah sedekad berlalu, keperluan untuk menyampaikan semula isi dari buku itu masih wujud kerana isu-isu yang dibahaskan dahulu masih relevan di hari ini. Sebagai contoh ialah topik bagi artikel kali ini yang berkaitan dengan sikap sederhana dalam menghadapi pemerintah yang dinilai salah atau tidak adil. Kemunculan Arab Spring yang menonjolkan bantahan rakyat terhadap para pemerintah negara-negara Arab yang dinilai korup menatijahkan pelbagai kesan baik dan buruk. Hal ini menjadi bahan pemerhatian dan perbincangan oleh ramai anak muda Muslim di merata tempat, termasuklah di Singapura. Demikian juga, sifat lebih asertif sebahagian anak-anak muda Muslim berkaitan polisi-polisi pemerintah seperti dalam soal tudung di pasukan seragam dan penglibatan dalam perang di Iraq. Maka Wasat berpendapat amat sesuai sekali untuk menerbitkan semula isi dari buku Pergas ini bagi memberi panduan yang sejajar dengan konsep wasatiyah Islam supaya natijah buruk dari Arab Spring dapat dielakkan tanpa bertujuan untuk menghambat hasrat baik menyumbang kepada perubahan yang lebih baik bagi negara Singapura yang dicintai ini.

Artikel kedua pula ialah sumbangan ustaz Mustazah Bahari bertajuk Memberi Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Kepada Non-Muslim: Adakah Sikap Yang Wasatiy?. Artikel ini membahaskan soal kewajaran hukum memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa yang bukan Muslim. Sememangnya idea ini muncul dari kontroversi yang dinatijahkan oleh fatwa oleh Mufti negeri Perlis, Dr. Mohammad Asri Zainal Abidin, yang membenarkan hak penjagaan anak kepada ibu/bapa bukan Muslim. Ia dianggap kontroversi kerana dinilai sebagai bercanggah dengan pegangan mazhab umum masyarakat Melayu di Malaysia. Namun yang relevan di sini ialah apa kaitan fatwa ini dengan soal wasatiyah? Jawapannya ialah wasatiyah menganjurkan sifat dinamik dalam merumuskan hukum-hukum agama yang menuntut keinginan untuk sentiasa menilai dan memikirkan semula apa yang sedia ada tanpa mengabaikan tradisi ilmu Islam yang luas. Dalam artikel ini, ustaz Mustazah menganalisa isu dan fatwa berkenaan samada sifat-sifat ini wujud dan adakah pandangan ini perlu dihormati sesuai dengan sikap wasatiyah, kalau pun ia tidak dipersetujui.

Artikel ketiga bertajuk Agar Majlis-Majlis Maulid Kali Ini Lebih Bermakna oleh saudara Mohammad Hafiz Kusairi. Saudara Hafiz adalah seorang guru sejarah di salah satu maktab rendah di Singapura. Walau pun mempunyai pendidikan formal dari sekolah nasional hingga meraih ijazah dari Universiti Kebangsaan Singapura, beliau berusaha sungguh-sungguh untuk menimba ilmu-ilmu agama hingga berjaya mendapat status Bersekutu di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Pengiktirafan ini mendorong beliau untuk menyumbang pada usaha membimbing belia – belia Muslim di pelbagai wadah pengajian agama untuk menjadikan mereka manusia Muslim yang berguna dengan menggabungkan latihan perguruan yang diperolehi dan ilmu-ilmu akademik yang lain; satu contoh amalan nilai wasatiyah dalam hidup individu. Tanpa bertujuan menolak amalan bermaulid, bahkan mengakui manfaat yang ada padanya, saudara Mohammad Hafiz “menjentik sayang” para pencinta maulid dengan niat untuk mencapai pembaikan dan penambahan manfaat. Beliau menyeru pencinta majlis maulid, baik penganjur atau yang hadir, agar memberi penumpuan pada soal “isi” dan jenis “isi” yang perlu disampaikan melalui majlis-majlis ini. Keterbukaan untuk menilai secara kritikal apa yang biasa dan selalu dilakukan, memberi idea alternatif, berusaha berfikir ikut keutamaan, menghargai perbezaan pendapat dan meraikan budaya setempat adalah ciri-ciri wasatiyah yang menjadikan artikel ini relevan bagi Wasat.

Artikel keempat bertajuk Wasatiyah Dari Lensa Sheikh Wahbah Al-Zuhayli, sumbangan ustaz Mohammad Rizhan Leman. Artikel ini adalah ringkasan dari kertas kerja yang ditulis oleh Sheikh Al-Zuhayli dan dibentangkan di sebuah muktamar di Kuwait. Kertas kerja ini melakarkan perspektif Sheikh Al-Zuhayli berkaitan makna wasatiyah. Ustaz Rizhan mengambil inisiatif meringkaskan kertas kerja ini afar dapat dimanfaatkan oleh ramai dan sebagai merakam penghormatan beliau kepada Sheikh Al-Zuhayli yang telah pergi menemui Penciptanya pada bulan Ogos tahun ini.

Semoga segala juadah artikel yang dibentangkan Wasat kali ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para pembaca.

Wasat menyeru para pembaca agar mengongsi artikel-artikel ini kepada semua kenalan dan teman di media sosial agar pesan wasatiyah dapat diluaskan kepada ramai. Ini adalah usaha yang penting ketika umat Islam berhadapan oleh ancaman pelampauan dalam pelbagai bentuk i.e. pengganasan, sektarianisme dan sifat fanatik dan arus Islamofobia yang memburukkan nama baik Islam.

Wasat juga menyeru pembaca untuk maju ke hadapan menyumbang idea dan pemikiran yang bernas melalui artikel untuk diterbitkan agar bersama menyumbang pada pengukuhan fahaman wasatiyah dalam masyarakat.

Selamat membaca.

Wassalam

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: