DARI MEJA PENYUNTING… (EDISI NO. 8/APRIL 2016)

(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

lailahaillallahAlhamdulillah, Wasat berjumpa lagi dengan para pembaca di edisi ke 8/April 2016. Moga edisi Wasat kali ini tetap bermanfaat bagi sekalian para pembaca.

Artikel pertama Wasat bertajuk Wasatiyah Dalam Memahami Konsep Berjemaah Dalam Islam. Artikel ini dipetik dan disunting semula dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Singapura, terbitan Pergas pada tahun 2004. Ia membicarakan bagaimana membina kefahaman dan sikap yang wasati dalam berjemaah. Isu ini timbul kerana khilaf antara jemaah, selain khilaf antara individu, sememangnya sesuatu yang benar berlaku dalam masyarakat Islam. Ia bukan hanya satu fakta sejarah, tapi sesuatu yang sememangnya sedang berlaku. Di Singapura sendiri, tanda-tanda masalah ini dapat dilihat dan dirasa melalui komentar-komentar dan debat dari kumpulan dan aliran tertentu terhadap kumpulan dan aliran yang berbeza pendapat dengannya. Hakikatnya, bukanlah perbezaan pendapat yang menjadi isu, tetapi perbezaan pendapat ini diiringi oleh dakwaan yang menyesatkan pihak yang lain kerana merasakan bahawa kumpulan yang diwakilinya sahaja betul. Apa yang membimbangkan ialah dahulu fenomena ini hanya berlaku dari kumpulan ajaran sesat atau pelampau agama, tetapi hari ini terdapat tanda-tanda masalah ini telah menjangkiti kumpulan-kumpulan yang wujud di arus utama sehinggakan orang-orang awam pun terbabit sama. Sebenarnya, Pergas telah pun berusaha menangani perkara ini dalam buku yang diterbitkannya sepuluh tahun dahulu. Memandangkan realiti yang hari ini, penerbitan semula bahan berkenaan dirasakan perlu bagi memperingatkan semula asatizah akan hal ini dan supaya ia dapat digunakan semula di wadah-wadah pendidikan awam yang diisi oleh asatizah.

Artikel kedua bertajuk Wasatiyah Dari Sudut Pandangan Pendita Za’ba adalah sumbangan Ustaz Mustazah Bahari. Kali ini beliau cuba mengemukakan pemikiran seorang tokoh Nusantara yang amat berkaitan dengan nilai-nilai wasatiyah. Selain dari membicarakan nilai-nilai wasatiyah, artikel ini juga memperkenalkan tokoh alam Melayu kepada para pembaca, sebagaimana sebelum ini Wasat telah memperkenalkan Buya Hamka dan Profesor Kamal Hassan. Apa yang menarik ialah kesimpulan beliau iaitu kesamaan antara pemikiran Hamka dan Za’ba tentang nilai-nilai yang perlu ada bagi orang Melayu dan seruan untuk orang Melayu mengubah diri mereka ke arah kehidupan yang cemerlang sedangkan mereka hidup dalam era dan negara yang berbeza dan tidak pula belajar di sekolah dan guru yang sama.

Arikel ketiga adalah sumbangan Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Ia bertajuk Wasatiyah Approach to Understanding Truth. Artikel ini bertujuan membimbing pembaca untuk memahami secara wasati bagaimana memahami konsep kebenaran yang merupakan persoalan pokok bagi agama Islam. Hal ini adalah kerana antara sumber pelampauan dalam beragama seperti menyesatkan orang lain, tegar dengan “kebenaran” pendirian yang dipegang, tidak mampu membezakan masalah pokok dan khilafiyah berkaitan dengan salah faham dalam memahami erti kebenaran. Sebagai contoh seseorang yang merasakan bahawa pegangannya adalah kebenaran mutlak, pastilah tidak akan mahu berkompromi dengan pandangan lain. Begitulah juga jika seseorang beranggapan bahawa dalam semua masalah yang ada perbezaan pendapat, mestilah ada satu pendapat yang benar sahaja. Setelah dia meyakini pendapat pegangannya, pastilah dia akan bersungguh menyanggah pendapat-pendapat yang lain kerana pada sangkaannya kesemuanya, selain pendapatnya, adalah batil belaka – ia wajib diingkar dan para pendakwahnya pula perlu disekat agar orang awam tidak dikelirukan.

Akhirnya, artikel keempat bertajuk A Wasatiyah Approach to Estate Planning: Maqasid and Ethics of Planned Giving in Islam, sumbangan Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy. Artikel ini mempunyai dua objektif; 1) meningkatkan kesedaran di kalangan pembaca kepentingan pengurusan harta warisan bagi maslahat ahli waris, dan 2) meluaskan minda para pembaca bahawa pembahagian harta warisan dalam Islam bukan hanya terbatas melalui instrumen faraid. Tanpa bertujuan membelakangkan faraid, kewujudan instrumen-instrumen lain yang berguna juga adalah sebahagian dari syari`ah dan tradisi fiqh yang luas. Terdapat kecenderungan di kalangan umat Islam untuk bersikap pasif dalam soal meninggalkan warisan setelah mati kerana sangkaan bahawa hukum faraid telah ada dan sempurna serta memadai untuk memelihara maslahat semua ahli waris. Artikel ini bertujuan membetulkan sikap. Namun penggunaan instrumen-instrumen lain juga haruslah dipandu oleh pertimbangan-pertimbangan tertentu supaya ia tidak disalahguna oleh niat semata-mata untuk membelakangi hukum Allah dalam hukum faraid. Hal ini juga perkara yang ingin dicapai oleh artikel ini.

Sekian, selamat membaca.

Wassalam

adl wal ihsan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: