Dari meja penyunting…. (Edisi no. 9/June 2016)

(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

Ramadan-mubarak-arabic-calligraphy-cover-photosAlhamdulillah, Wasat berjumpa lagi dengan para pembaca di edisi ke 9/Jun 2016. Moga edisi Wasat kali ini tetap bermanfaat bagi sekalian para pembaca.

Kemunculan Wasat kali ini bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia.

Wasat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian pembaca “Ramadan Mubarak” dengan iringan doa; Semoga Ramadan kali ini lebih diberkati dan membawa perubahan kepada kita semua dan semoga Allah taala memberi kesihatan untuk beribadah sepanjang bulan ini, menerima segala amal soleh, menyucikan diri dari dosa dan sifat-sifat, memakbulkan doa dan hajat dan memurahkan rezki, buat kita, anak-anak dan isteri, ibu dan bapa dan para guru kita sekalian.

Hendaklah kita juga saling mendoakan antara satu sama lain. Barangkali doa kita untuk sahabat kita lebih makbul sebagaimana doa sahabat kita untuk kita lebih makbul di sisi Allah taala.

Wasat kali ini menampilkan empat artikel.

Artikel pertama bertajuk Wasatiyah Dalam Isu Mengubah Kemungkaran Dengan Tangan dipetik dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Di Singapura. Artikel ini membicarakan kefahaman dan pelaksanaan yang benar i.e. wasati berkaitan hadis yang popular di kalangan masyarakat, “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim). Apakah relevannya isu ini dengan wasatiyah? Ia relevan kerana telah muncul dewasa ini bentuk-bentuk pelampauan dalam memahami dan melaksanakan hadis. Pelampauan ini berlaku dalam bentuk individu-individu dan kumpulan yang meletakkan hukum dan undang-undang di tangan mereka atas nama mencegah kemungkaran sebagaimana dilaporkan oleh media. Mereka ini, tanpa mempunyai mandat dan kuasa yang benar, meronda jalanan lalu menyerang individu yang melakukan maksiat atau tempat-tempat maksiat seperti kelab malam dan rumah pelacuran hingga menimbulkan kekecohan dalam masyarakat, kerosakan harta benda dan kecederaan pada tubuh. Kedatangan Ramadan menjadikan isu ini lebih relevan kerana biasanya perkara ini menjadi lebih kerap berlaku bersempena dengan Ramadan dengan alasan untuk menjaga kemuliaan bulan itu. Artikel ini menjelaskan bagaimana amalan sedemikian boleh dihukum melampau, khususnya dalam konteks Singapura.

Artikel kedua adalah sumbangan Ustaz Umar Muhammad Noor yang bertajuk Manhaj Wasati Dalam Berinteraksi Dengan Ilmu Hadis. Bertolak dari realiti akan kewujudan polemik berkaitan hadis dalam masyarakat yang sebahagiannya menjurus pada pelampauan kerana bersifat memecah belah masyarakat dan tidak sejajar dengan metodologi yang wasati, isi artikel ini memang amat bertepatan dengan masanya. Ustaz Umar membahaskan soal pendekatan wasati dalam kritik hadis, berinteraksi dengan hadis lemah, beramal dengan hadis dan memahami hadis berkaitan sifat-sifat Tuhan. Semoga isi artikel ini membantu para pembaca untuk meluruskan apa yang bengkok dalam polemik yang sedia ada.

Artikel ketiga bertajuk Socio-Historical Contexts in the Interpretation of Religious Doctrines in Classical and Contemporary Islam oleh Ustaz Dr. Nazirudin Mohd Nasir. Isi artikel ini berkaitan kepentingan memahami konteks di sebalik teks dan pandangan para ulama klasik. Beliau mengemukakan dua pandangan yang berbeza dalam satu isu yang sama oleh dua tokoh ilmuwan agama zaman silam dan menjelaskan konteks yang menyebabkan perbezaan berkenaan. Hal ini amat sejajar dengan konsep wasatiyah yang dibawa oleh Wasat, iaitu fahaman dan amalan Islam perlu sentiasa dinilai beserta dengan konteks yang ada disamping bimbingan dari prinsip-prinsip lain yang bersumber dari wahyu. Dengan memahami teks para ulama silam berserta konteksnya, kita bukan hanya lebih memahami teks berkenaan tapi lebih tahu bagaimana menggunakannya bagi menyelesaikan masalah yang ada pada hari ini.

Artikel terakhir pula menyentuh tajuk Muhammad: A Compassionate or Violent Prophet? oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Artikel ini mengkritik kumpulan pelampau yang memaparkan Nabi s.a.w seolah-olah seorang tokoh yang ganas dan bengis dan mengajak orang ramai untuk mencontohi sifat sedemikian dengan menonjolkan hadis-hadis tertentu yang difahami di luar dari konteks yang betul. Hal ini amat bercanggah dengan konsep wasatiyah. Justeru, ia perlu diperbetulkan dan masyarakat perlu dididik akan kepincangan pada bentuk fahaman agama sebegini.

Akhir sekali, moga Wasat terus memberi manfaat kepada para pembaca.

Sekian, selamat membaca.

Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: