Dari meja penyunting… (Edisi no. 11/October 2016)

(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

Kufic_Basmallah“Moga dikurniakan haji yang mabrur dan moga diterima ibadah korban sebagai amal soleh di sisi Allah taala”, doa yang dipanjatkan oleh warga Wasat kepada sekalian para pembaca yang menunaikan ibadah haji dan korban pada bulan Zulhijjah tahun ini yang baru sahaja berlalu.

Allah taala masih lagi mengizinkan Wasat untuk terus bertemu para pembaca di edisi ke 11/Oktober 2016. Jutaan syukur kepadaNya dipanjatkan. Moga usaha ini dapat terus berjalan dan menjadi lebih baik dalam segala segi.

Wasat kali ini mengemukakan empat artikel yang diharapkan akan dapat menarik minda para pembaca untuk berfikir dan mengorak langkah yang sewajarnya dalam rangka memberi sumbangan yang berterusan di jalan Allah taala di bumi yang tercinta ini.

Artikel pertama Wasat bertajuk Wasatiyah Mengenai Kemajuan, Pembangunan Negara dan Kemodenan yang dipetik dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Di Singapura, terbitan Pergas. Persoalan peranan Muslim rakyat Singapura memberi sumbangan positif kepada negara menjadi perbincangan di kalangan ramai dari kalangan masyarakat Muslim. Seringkali juga dalam perbincangan ini terdapat suara-suara negatif terhadap sumbangan sedemikian kerana menilai Singapura sebagai negara bukan Islam dan diperintah oleh pemerintah bukan Muslim. Di kalangan masyarakat bukan Muslim juga terdapat sebahagian anggota yang meragui komitmen Muslim Singapura terhadap pembangunan negara ini kerana tanggapan bahawa seorang Muslim pasti mempunyai pemikiran eksklusif dan hanya mementingkan diri dan masyarakat sendiri sahaja. Pergas memberi penjelasan yang saksama dalam hal ini dengan menegaskan pendirian umum bahawa Islam tidak melarang umatnya memainkan peranan dan menyumbang bagi pembangunan negara, walau pun ia bukan sebuah negara Islam dan tidak diperintah oleh pemerintahan Muslim. Namun, Pergas juga menjelaskan batas-batas dan asas falsafah Islam dalam persoalan ini yang berbeza dengan falsafah pembangunan yang didominasi oleh liberalisme dari Barat.

Artikel kedua bertajuk Manhaj Wasati Dalam Berinteraksi Dengan Teks: Menilai Dakwaan Percanggahan Hadith oleh Ustaz Nuzulul Qadar Abdullah mengulas tiga isu penting berkaitan kaedah memahami hadith; 1) ulama hadith bukan hanya memberi tumpuan pada soal sanad dalam mengkaji hadith tapi juga soal teks dan isi hadith, 2) kemunculan gerakan Qur’an kerana kewujudan hadith-hadith yang bercanggah, dan 3) kaedah wasati (enam langkah) dalam berurusan dengan hadith-hadith yang bercanggah yang berbeza dengan kaedah gerakan Qur’an yang menolak sama sekali hadith sebagai sumber hukum yang utama dan mengikat.

Artikel ketiga adalah sumbangan sulung Ustaz Mahmoud Mathlub Sidek yang bertajuk Reconceptualizing the “Other”: Biblical Wisdom for the Modern World. Walau pun artikel ini membincangkan mengenai ajaran Kristian dalam berhadapan dengan cabaran dunia moden dan pasca-moden hari ini, ia amat relevan dengan mafhum wasatiyah yang ingin disebarkan oleh Wasat iaitu mengajak para pembaca untuk meluaskan ufuk pemikiran dengan mencari hikmah dan kebaikan dari agama-agama lain – satu nilai penting dalam wasatiyah, dan membina keyakinan diri untuk berinteraksi dengan khazanah ilmu di luar dari daerah selesa para asatizah, khususnya. Tambahan pula, Ustaz Mahmoud berpendapat di akhir artikel ini, bahawa pengamatannya tentang ajaran Kristian ini mempunyai banyak persamaan dengan ajaran Islam. Ertinya di sebalik yang tersurat, artikel ini juga membicarakan mengenai Islam dan cabaran dunia moden dan pasca-moden.

Artikel terakhir pula bertajuk Sexuality Education in Islam: Between Apprehension and Permissiveness sumbangan Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Artikel ini mengajak para pembaca untuk menilai sikap segan silu yang meluas di kalangan orang dewasa Muslim, khususnya ibu bapa dan asatizah, untuk membicarakan soal seks dan seksualiti dengan anak-anak Muslim di setiap peringkat. Artikel ini berpendapat sikap sedemikian harus diubah, bukan hanya untuk menghadapi cabaran pendidikan masa kini, tetapi juga kerana pada dasarnya ia bukan satu sikap yang dianjurkan oleh Islam. Disebabkan pendidikan fiqh merupakan sesuatu yang dekat dengan pendidikan agama anak-anak Muslim, artikel ini mencadangkan bagaimana pembelajaran fiqh boleh diguna sebagai wasilah bagi membicarakan soal seksualiti dengan anak-anak Muslim sesuai dengan peringkat umur mereka.

Akhir sekali, moga Wasat terus memberi manfaat kepada para pembaca.

Sekian, selamat membaca.

Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: