Wasatiyah Mengenai Kemajuan, Pembangunan Negara dan Kemodenan (Edisi no. 11/October 2016)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal.

Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

———————————

sg-flag-balad-amin(Artikel ini dipetik, dengan sedikit suntingan dan pengubahsuaian, dari buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Di Singapura, terbitan Pergas, 2004.)

Kita mendokong kemajuan dan pembangunan bagi manusia, ekonomi dan negara. Hal ini adalah kerana Islam menggalakkan kemajuan.

Allah taala berfirman yang bermaksud, “Hendaklah ada dari kalangan kamu satu umat yang mengajak kepada kebaikan dan menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan mereka itulah golongan yang berjaya.” (Al-Qasas : 87)

Dalam ayat di atas terdapat pernyataan ‘mengajak kepada kebaikan’ dan ‘menyuruh kepada yang makruf’. Kededuanya pasti tidak merujuk kepada perkara yang sama kerana kalau sedemikian ia akan bertindan. Maka ‘mengajak kepada kebaikan’ itu bolehlah diertikan dengan usaha-usaha pembaikan yang umum yang meliputi pembangunan dan kemajuan.

Allah taala berfirman yang bermaksud, “Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya.” (Hud: 61)

Ayat ini menerangkan peranan manusia ialah untuk memakmurkan bumi ini dengan melakukan kemajuan dan pembangunan yang baik.

Islam juga menggalakkan umatnya untuk sentiasa membaiki diri – salah satu ciri kemajuan dan pembangunan.  

Islam memerintah umatnya agar menghayati ihsan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam semua perkara.” (Riwayat Muslim)

Ihsan bermaksud berusaha sebaik mungkin. Maka keadaan seseorang yang statik, tidak maju dan berkembang tidak sejajar dengan konsep ihsan yang dianjurkan.

Islam menganjurkan sifat berlumba-lumba buat kebaikan. Allah taala berfirman yang bermaksud, “Dan berlumba-lumbalah kamu dalam (melakukan) kebaikan-kebaikan.” (Al-Baqarah: 148)

Sifat berlumba-lumba menuntut umat Islam agar sentiasa maju kehadapan untuk mengatasi kemajuan orang lain.

Islam meletakkan kepentingan ilmu, baik ilmu berkaitan agama atau ilmu berkaitan sains dan teknologi. Allah taala berfirman yang bermaksud, “Allah mengangkat mereka yang beriman di antara kamu dan mereka yang diberi ilmu beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)

Di dalam Al-Quran pula terdapat banyak ayat-ayat yang membincangkan mengenai sains dan teknologi.khairat1

Sesiapa sahaja yang bercakap mengenai pembangunan dan kemajuan akan pasti meletakkan kemajuan ilmu, sains dan teknologi. Islam amat memberi perhatian terhadap ke semua itu.

Islam juga menganjurkan umatnya agar bersikap terbuka dengan pengaruh luar yang positif, mengambil manfaat dari orang lain dan mencari kebaikan dari mana sahaja. Satu sikap yang amat penting bagi mengerak kemajuan dan pembangunan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Hikmah itu satu benda yang hilang dari orang yang beriman. Di mana ia menjumpainya, maka dia lebih berhak ke atasnya.[1]”(Riwayat Al-Turmuzi & Ibn Majah)

Rasulullah s.a.w menunjukkan contoh amali dengan menggunakan parit bagi mempertahankan Madinah dari serangan musuh yang diambil dari teknik perang orang Parsi[2] dan menggunakan mohor bagi surat-suratnya kepada raja-raja sebagai mengikuti protokol di masa itu.[3]

Omar r.a menggunakan pelbagai sistem pentadbiran Rom dan Parsi bagi mengurus negara Islam seperti sistem Diwan (seumpama kementerian di masa kini) dan rekod pentadbiran.[4]

Atas dasar itu, kita tidak menolak kemajuan dan pembangunan. Kita pro-kemajuan dan pembangunan dan kita development / progess centric. Kita bersikap positif terhadap kemajuan dan pembangunan ekonomi dan kebendaan.

Apa yang menjadi isu ialah konsep, falsafah dan nilai yang mendasari pembangunan dan kemajuan baik bagi manusia, masyarakat, ekonomi, negara dan sebagainya.[5]

Kita mahukan kemajuan dan pembangunan yang mengambil kira aspek pembangunan manusia[6] yang meliputi segala dimensinya dan tidak mengabaikan akhlaq dan nilai-nilai murni atau moral.

modern-city-of-singapore-wallpaperMenanggapi kemodenan

Kita tidak menolak kemodenan, jika yang dimaksudkan oleh kemodenan itu kemajuan dalam bidang sains, teknologi, ekonomi bahkan kemajuan dan penggandaan kebendaan (material) sekalipun.[7]

Islam memerintahkan umatnya agar mengurus ekonomi dengan baik sebagaimana yang dicontohkan dalam kisah nabi Yusuf a.s yang mentakwil mimpi Firaun di Mesir. Beliau kemudiannya pula menjadi penjaga perbendaharaan Negara Mesir dan mengurus kekayaannya.[8]

Apa yang kita tolak ialah modernisme yang terkandung di dalamnya humanisme[9], relatifisme[10], permisifisme[11] dan lain-lain fahaman yang mengasingkan manusia dari tuhan, menolak peranan agama dan menjadikan segala sesuatu bersifat relatif dan subjektif.

Kita juga menolak modenisme yang menentang segala bentuk tradisi.

Kita amat peka bahawa umumnya modenisasi dipergunakan untuk merujuk pertumbuhan rasional dan sekularisme dan proses yang menjauhkan orang dari tekanan regim yang zalim dan dari tekanan-tekanan tahyul,[12] yang seringkali juga dikaitkan sama dengan agama dan perkara-perkara ghaib. Fahaman seperti ini amat meluas penggunaannya di negara-negara demokrasi Barat. Oleh sebab itu juga, orang menjadi cenderung untuk mengaitkan modenisasi dengan pembaratan (westernization).16530608-abstract-word-cloud-for-modernity-with-related-tags-and-terms

Seringkali juga liberalisme[13] dikaitkan dengan kemajuan, pembangunan dan moden. Sikap anti-liberal pula dinilai sebagai terkebelakang dan tersisih dari kemajuan sehingga menjadi cenderung kepada pemikiran radikal, melampau dan pengganasan.

Kita tidak menolak sikap terbuka dan keperluan untuk memelihara hak asasi manusia[14] yang terkandung dalam liberalisme. Namun kita menolak liberalisme yang menjurus kepada pembebasan individu secara mutlak di atas kepentingan ramai dan yang menjurus kepada masyarakat yang permisif. Kita menolak liberalisme yang menjurus kepada haedonisme dan memandang negatif terhadap agama kerana ia dinilai sebagai mengongkong manusia dari kebebasan.

Membangun model kemajuan sendiri

Sudah tiba masanya untuk semua pihak yang bertanggungjawab untuk bersama merangka dan membina model, konsep dan falsafah kemajuan yang tersendiri yang menggabungkan pemikiran kontemporari dan pemikiran agama[15].

Pelbagai kemajuan yang telah kita capai dan sering kali kita didorong untuk berfikir di luar kotak serta mencabar segala andaian yang sedia ada, namun kita masih lagi tersekat dan terperangkap dalam pemikiran yang berasaskan sifat cemburu dan pra-sangka buruk dan kadangkala melampau terhadap peranan agama dalam kehidupan.

aidit-ghazali-bookKita masih terus memikul beban sejarah umat lain yang tidak sepenuhnya relevan dengan pengalaman kita sendiri. Pelbagai slogan pembaharuan yang kita laungkan dalam bidang ekonomi tetapi kita tidak mencari ruang pembaharuan dalam aspek ini.

Sebagai masyarakat minoriti di Singapura pastinya tidak realistik untuk kita harapkan agar model yang hendak dibina terasas atas prinsip Islam semata-mata. Ini adalah satu harapan yang tidak realistik.

Namun pelbagai kelompok agama boleh digembeleng bersama dalam rekonstruksi fahaman kemajuan dan pembangunan negara atas nilai-nilai tetap yang dapat disepakati bersama.

——————–

Nota:

[1]Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Islam Inklusif & Eksklusif (terj. Tsaqafatuna Baina Al-Infitah Wa Al-Inghilaq), Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, 2001, ms. 43 telah menyatakan bahawa Al-Turmuzi telah meletak hadits ini di dalam kitab Sunannya dari Abi Hurairah (nombor 2688) dalam Abwab Al-`Ilmi. Beliau berkata “Hadits Gharib”, di dalamnya terdapat rawi yang lemah.

[2]Disebut dalam hadits riwayat Al-Bukhari. Rujuk Ibn Katsir, Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, jld 4, ms. 94-95,

[3]Disebut dalam hadits riwayat Al-Bukhari. Rujuk Ibn Katsir, Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, jld 6, ms. 2.

[4]Ibn Jarir Al-Tabari, Tarikh Al-Umam Wa Al-Muluk, Dar Al-Kutub Al-`Ilmiah, Beirut, Lubnan, 1987, jld 2, ms. 570 – 572.

[5] Aidit Ghazali, Development In Islamic Perspective, ms. 10 – 11, dalam hal ini telah menulis;

“1. The detachment of the economic aspect of human life from its political and social setting distorts the problems that it has to study. 

2. The methodology of isolating one key factor and the almost exclusive concentration on that would be theoretically untenable.

3. GNP per capita is an insufficient criterion of success for development policy.

4. The whole concept of development needs to be reviewed in order to incorporate man’s basic needs and not just the rates of growth of simplified development components.

5. The application of a development theory and strategy based on western experiences to a different socio-economic and ideological situation is, inappropriate and injurious to the prospects and progress of the development process. 

6. Modification to the growth theory have not been succeeded fully in bringing such theory into conformity with the situation in the economically less developed countries. 

7. There appears to be an incongruence between theory and the real world facts in the orthodox development paradigm, although the theory purports to explain realities.

8. It is doubtful if mere application and over-emphasized usage of sophisticated mathematical and econometric models have helped the economically less developed countries handle their multi-dimensional problems realistically.

9. Development economics is a normative field and cannot be value-free.

[6] Aidit Ghazali, Development In The Islamic Perspective, ms. 64 telah menulis;

“The conventional understanding of human resource development however stops short of determining the source of the qualitative development in human capital theory. This is largely true because the human capital theory sticks to the economic and deterministic aspects. This may be due to the dichotomy between the mundane affairs and his spiritual observations – a fundamental aspects of secularism is very much rooted in conventional economic doctrines. Hence, we find that qualitative development in the form of sufficiency of basic tools of education and training in technological skills accompany rather than precede the capital accumulation and utilization of many nations. Despite this however, the author does observe a positive trend among some writings on human resource which is converging towards realization that qualitative development must manifest from spiritual observations. Hopefully, this will ultimately be a widely accepted norms.

Specifically,  the proposed targets of human resource development can comprise the following;

  1. Ensuring that individuals, in particular those involved directly in the development planning and implementation processes will develop deep sense of commitment, responsibility, trust and accountability to God and society, in upholding the universal values as propounded by Islam.
  2. Inculcating basic tools of education and means of communication such as reading, writing, comprehension, research, creative thinking, critical outlook and decision-making at all levels of the society.
  3. Acquiring suitable and if possible, the most modern technological and scientific knowledge and skills.
  4. Developing a sense of self-reliance and self- confidence in one’s own capabilities and achievements. This will require the individual to feel audacious enough to stand up for and defend his principles while at the same time be receptive to objective and constructive criticism.”

[7]Lihat artikel Islam Dan Modernisasi, oleh Osman Ralibi dalam buku bertajuk Islam, Alim Ulama dan Pembangunan, Pusat Da`wah Islam Indonesia, Jakarta, 1971, ms. 117 – 134.

[8] Lihat Al-Quran Al-Karim, Al-Kahfi : 44 – 49, 55 – 56.

[9]Bermaksud faham (pendirian, sistem dsb) yg mengutamakan nilai-nilai, kepentingan dan maruah manusia (dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain). Lihat Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989. Termasuk dalam kekuasaan lain yang tidak dipentingkan oleh humanisme ialah kekuasaan Tuhan dan segala yang ghaib (pen.).

[10]Rujuk relatif yang bermaksud tidak mutlak, nisbi. Lihat Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989. Fahaman relatif menjadikan segala buruk dan baik menjadi tidak mutlak dan boleh berubah mengikut keadaan (pen.).

[11]Rujuk perkataan permisif yang bermaksud mudah mengizinkan atau membiarkaan perbuatan yg melanggar ajaran agama atau peraturan akhlak, memberikan kebebasan yang keterlaluan; tidak mengambil peduli tentang akhlak, bersikap endah tak endah tentang pergaulan bebas lelaki perempuan (tentang keruntuhan akhlak dan sebagainya). Lihat Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989.

[12]Drs. Sidi Gazalba, Islam & Perubahan Sosiobudaya : Kajian Islam Tentang Perubahan Masyarakat, Penerbit Al-Husna, Jakarta, 1983, ms. 198.

[13]Rujuk liberal yang bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, (fahaman) bebas, bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dsb). Liberalisme pula fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dalam  kegiatan ekonomi. Lihat Kamus Dewan (Edisi Baru), 1989.

[14]Ajaran Islam mempunyai asas yang kuat mengenai penjagaan hak-hak asasi manusia. Asas-asas berkenaan disimpulkan dalam lima perkara berikut:

  1. Hak untuk hidup dan konsekuensi; hak pemeliharaan dan perlindungan terhadap kesihatan dan penyakit.
  2. Hak untuk memperoleh kebebasan dalam berbagai bentuk, terutama kebebasan politiik.
  3. Hak untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Hak ini meliputi segala bentuk ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh sesuatu bangsa, baik spiritual atau material.
  4. Hak untuk memperoleh harga diri, dalam segala aspeknya.
  5. Hak untuk mendapatkan hak milik sesuai dengan syarat-syaratnya.

Lihat Mustafa As-Siba`ii, Sosialisme Islam,(terj. Isytirakiyatul Islam), CV Diponegoro, Bandung, 1969, 79 – 175.

[15] Aidit Ghazali, Development In The Perspective of Islam, ms 12-13 telah menulis;

“Does it mean that there cannot be one generally accepted paradigm by which all countries’ level of development, both on material and non-material issues can be studied and compared? In accordance with the spirit to search universal solutions and greater unity, the author believes that this is possible if the paradigm is one based on universally accepted values. Such a possibility cannot be shut off in the name of immense difficulties or near impossibilities. If one is serious in aiming towards perfection, one needs to open the door of consultation and dialogue with the hope that the absence of pre-conceived bias and lack of initiative will reveal a possible pathway along a gradually illuminating tunnel, the end of which awaits the answer to the worries of mankind.

The above underlies the pressing note as to the possible need for a change in a paradigm arising from an awareness of the state of development concepts and processes. The degree of acknowledgeing such a need will of course, rest on several factor. Among others, the two major factors will be;

  1. One’s own confidence in existing theories and their implementation in attaining the desired goals of development in the long-run. To what extent one will submit to a desired period of “long-run” will be a subjective matter.
  2. One’s own confidence in alternative approaches despite the fact that such alternatives have not provided sufficient modern evidences of relative success. In this case, one’s confidence rest on faith and preparedness to undertake the challenge to prove the alternatives correct. After all, taking the cue from legal jargon, no development alternative is guilty of inapplicability till proven wrong. 

Given that one agrees to the need to undertake a more comprehensive paradigm or worldview, it then necessarily follows to the significance of values in development. And given that development is more often discussed in the context on the economics’ discipline, then one must avoidably adhere to the conviction that economics is value-laden discipline, It follows that the choice of the value-pattern will influence the priorities related to the planning and decision making involved whether one is discussing economics or development or economic development. Hence, choice over the value-pattern is an extremely crucial matter.”

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: