Dari Meja Penyunting… (Edisi No. 12/December 2016)

(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

Alhamdulillah, Wasat masih dizinkan oleh Allah taala untuk terus diterbitkan hingga ke edisi no. 12 / Disember 2016. Moga Wasat terus berupaya memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.tahun-baru

Bulan Disember sudah pun muncul. Ini bermakna, kita sudah pun berada di penghujung tahun 2016 dan bakal menemui pula tahun baru 2017 tidak lama lagi.

Pada kesempatan ini, Meja Penyunting ingin mengucapkan kepada sekalian, “Selamat menyambut tahun baru. Semoga ia menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2016 yang akan berlalu bagi kita semua.”

Dengan bakal berlalu tahun 2016 dan menjelang tahun baru 2017, marilah kita bersama-sama bermuhasabah akan hari-hari yang telah dilalui agar dapat menentukan hala kehidupan pada tahun baru yang akan menjelang ke arah yang lebih baik dan bermakna dalam segenap segi kehidupan kita.

Menjelang tahun 2017, Wasat juga memasuki usia baru – 2 tahun. Atas semangat bermuhasabah, Wasat menyeru para pembaca untuk memberi maklumbalas dan cadangan yang dapat mempertingkatkan lagi wadah ilmiyah dalam talian ini. Segala maklumbalas dan cadangan boleh dikemukakan dengan mengirimkan ke emel wasat@pergas.org.sg. Meja penyunting ingin mendahului ucapan terima kasih atas segala maklumbalas dan cadangan serta sokongan ke atas Wasat sepanjang tahun pertama ini.

Kali ini, Wasat menerbitkan tiga artikel.

Artikel pertama bertajuk, Tasawwur Islam: Wasatiyah dalam Menanggapi Barat, yang disumbangkan oleh ustaz Mustazah Bahari. Artikel ini membahaskan sikap sederhana yang perlu ada pada Muslim dalam menanggapi dunia Barat, iaitu sikap yang tidak memandang Barat dengan lensa prejudis bahawa Barat dengan segala kompleksitinya adalah entiti yang perlu dicurigai kerana sikapnya yang bersifat anti-Islam sehingga dengan itu segala yang datang dari Barat dinilai dengan lensa negatif, jika pun tidak ditolak sama sekali.

Artikel kedua pula adalah sumbangan ustaz Muhammad Haniff Hassan yang bertajuk Salah Faham Terhadap Wacana (Discourse) Wasatiyah. Dalam artikel ini, penulis mengenalpasti empat salah faham terhadap wacana wasatiyah, sebagai satu wacana Islam yang penting hari ini kerana sifatnya yang kritikal bagi Islam dan kerana keperluan terhadapnya pada hari ini. Empat salah faham itu ialah:

  • Wasatiyah adalah tafsiran baru agama
  • Wasatiyah adalah agenda Barat
  • Islam sahaja memadai, tidak perlu pada wasatiyah
  • Wasatiyah ialah “tidak di sini, tidak di sana”.

Penulis menjelaskan mengapa keempat perkara di atas adalah salah faham. Penulis berharap penjelasan bagi salah faham ini akan membantu pembaca lebih faham akan erti wasatiyah dan kepentingannya dalam agama Islam dan tertarik untuk bersama menguar-uarkannya dalam masyarakat pula.

Artikel ketiga adalah sumbangan Ustaz Fathul Rahman bin Haji M. Dawoed yang bertajuk Beberapa “Tip” Tentang Wasatiyah Dalam Dakwah. Artikel ini mengemukakan empat “tip” dakwah yang bersifat wasati sebagai peringatan dan panduan bari para pembaca:

  • Bersifat lemah lembut dalam penyampaian
  • Fokus pada persamaan, raikan perbezaan dan tidak mudah saling menyalahkan
  • Bersifat terbuka dan menghindari sifat taksub dalam menerima hujah serta mengutarakan pandangan
  • Kenal pasti bidangkuasa untuk cegah kemungkaran.

Akhir sekali, moga Wasat terus memberi manfaat kepada para pembaca.

Sekian, selamat membaca.

Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: