DARI MEJA PENYUNTING… (WASAT, EDISI NO. 14/APRIL 2017)

bismillah(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

Dari meja penyunting….

Selamat bertemu kembali kepada sekalian para pembaca dalam Wasat, no. 14/April 2017.

Wasat kali ini masih menyajikan empat artikel untuk bacaan dan renungan pembaca.

Artikel pertama bertajuk Wasati (Sederhana dan Adil) Dalam Menangani Perbezaan Dalam Amalan Solat: Satu Kajian Terhadap Hadis-Hadis Sifat Solat Rasulullah s.a.w, sumbangan Ustaz Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff. Artikel ini cuba menjelaskan sebab kewujudan perbezaan pendapat di kalangan para ulama dari sudut hadis sebagai salah satu sumber primer hukum hakam Islam. Dalam mengetengahkan isu ini, beliau menggunakan contoh dari cara solat Rasulullah s.a.w yang dilaporkan dalam pelbagai hadis dan darinya lahir pendapat-pendapat berbeza di sisi para ulama tentang bagaimana bacaan atau pergerakan solat itu dilaksanakan sesuai dengan Sunnah. Apa yang menarik dari contoh ini ialah kesimpulan penulis bahawa kepelbagaian pendapat ini, tidak semestinya menatijahkan satu pendapat sahaja yang betul kerana kesemuanya memang dilakukan oleh Nabi s.a.w di waktu yang berbeza-beza dan disaksikan oleh sahabat berbeza. Selain itu, kajian ini juga mendedahkan bahawa perbezaan tentang cara Nabi s.a.w melakukan solat telah wujud dikalangan para sahabat sejak dahulu lagi. Namun ia tidak menimbulkan ketidakharmonian di kalangan mereka dan ini adalah sifat wasatiyah patut dijadikan pengajaran bagi umat Islam hari ini.

Artikel kedua bertajuk Skim Pengiktirafan Asatizah Mandatori: Satu Analisa, sumbangan Ustaz Firdaus Yahya membicarakan pelaksanaan skim pengiktirafan asatizah mandatori (ARS) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Penulis membicarakan skim ini secara kritikal setelah pemerintah menggazetkan Peraturan Pentadbiran Undang-undang Muslim (Sekolah Agama Muslim) 2016 dan edarannya kepada orang awam. Penulis memberi latarbelakang sejarah skim pengiktirafan ini dan membetulkan beberapa tanggapan salah bahawa pelaksanaan skim ini bermula dari inisiatif pemerintah untuk mengawal perkongsian ilmu di kalangan  asatizah. Namun, penulis juga menawarkan beberapa kritikan tajam terhadap implikasi dari skim ini setelah peraturan yang mengatur skim ini digazetkan. Tajuk artikel ini relevan bagi Wasat yang mengutamakan isu-isu wasatiyah kerana asatizah adalah golongan penting bagi menjayakan usaha membudayakan nilai dan fahaman wasatiyah. Oleh itu, apa juga skim yang mengatur golongan asatizah dan sekali gus mencorakkan aktiviti mereka penting dalam menentukan kejayaan usaha ini. Selain itu, skim itu sendiri harus menampakkan ciri-ciri wasatiyah seperti jauh dari kepentingan-kepentingan kelompok dan terpelihara dari kemungkinan penyalahgunaan.

Artikel ketiga adalah sumbangan Ustaz Mohammad Rizhan bin Leman dengan tajuk Fiqh Ma’al Dalam Pendekatan Dakwah. Artikel ini membicarakan salah satu prinsip wasatiyah dalam berdakwah, iaitu mengambil kira kesan baik dan buruk sesuatu aktiviti. Bagi menolak tanggapan salah, penulis membawa contoh-contoh dari Al-Quran, Sunnah dan   amalan para sahabat bagi menunjukkan prinsip ini berteras kukuh pada dalil syarak dan tradisi ilmu Islam. Penulis kemudian memberi beberapa tips bagi penerapan prinsip ini di masa kini. Dengan kata lain, adalah satu kesilapan bagi sesiapa yang berdakwah demi menyampaikan kebenaran tanpa peduli akan kemungkinan natijah buruk dari dakwahnya. Sekaligus, artikel ini menganjurkan para pembaca dan aktivis dakwah untuk mempelajari apa yang dikenali sebagai Fiqh Ma’al dalam tradisi ilmu Islam.

Artikel keempat adalah sumbangan Ustaz Muhammad Haniff Hassan yang bertajuk A Wasatiyah Approach to Decision Making Based on Shari`ah. Artikel ini membicarakan proses membuat keputusan atau menghuraikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan sejajar dengan kehendak agama yang menekankan prinsip wasatiyah (sederhana dan adil). Yang menarik dari artikel ini ialah ia memberikan tips dalam bentuk langkah-langkah mudah apabila ingin membuat keputusan dan mencari huraian sesuatu masalah. Selain itu juga ialah kesimpulan dari artikel ini yang menegaskan cara membuat keputusan dan huraian sesuatu masalah yang bersifat saksama dalam Islam tidak seharusnya terhenti pada mengenal pasti atau berdasarkan hukum prinsipal bagi isu atau masalah yang dihadapi sahaja. Ia harus ambil kira faktor-faktor lain seperti realiti sesuatu konteks, kesan sesuatu pilihan dan awlawiyat (keutamaan) semasa. Artikel ini mengingatkan pembaca agar tidak hanya bergantung pada nas (teks Al-Quran dan hadis) sahaja apabila ingin menentukan hukum bagi sesuatu hukum dan masalah kerana para ulama dahulu, apabila berijtihad bagi menentukan hukum dan huraikan sesuatu masalah, mengambil berat faktor maqasid shari`ah, imbangan antara maslahat dan mudarat dan hirarki keutamaan dalam konteks tertentu i.e. orang yang menjadi subjek hukum dan sekitaran di mana dia berada.

Sekian, selamat membaca.

Wassalam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: