Dari meja penyunting…. (Wasat, Edisi no. 17/October 2017)

(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah)

bismillahSemoga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah taala selalu.

Diucapkan kepada sekalian pembaca Salam Tahun Hijrah 14 dengan disertai doa, “Moga Allah taala memberkati kehidupan di tahun hijrah 1439 yang baru dengan keberkatan yang melimpah dan rahmat yang luas.”

Selamat membaca Wasat no. 17/Oktober 2017. Bersamalah memanjatkan kesyukuran kerana Wasat masih terus dapat tiba ke pangkuan pembaca. Semoga edisi kali ini terus memberi sumbangan positif kepada sekalian para pembaca seperti edisi-edisi yang lalu.

Untuk kali ini, Wasat mengemukakan tiga artikel untuk para pembaca.

Artikel pertama bertajuk Wasatiyah Dalam Memahami Ayat-ayat Mutasyabihat Di Sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sumbangan Ustaz TM Fouzy TM Mahid Jumat. Artikel ini membicarakan isu yang, dewasa ini, banyak dibincangkan oleh kalangan awam, hingga kadangkala menimbulkan sikap-sikap yang tidak wasatiy di kalangan mereka yang berbeza pendapat yang mana, antara sebabnya, ialah kerana kefahaman yang tidak wasatiy tentang isu ini. Penulis memberi penjelasan mudah dan ringkas tentang pendirian yang wasatiy di sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah apabila berhadapan dengan nas-nas mutasyabihat, iaitu kaedah takwil dan tafwidh dan syarat-syarat kededuanya.

Artikel kedua pula bertajuk Pesanan Untuk Mahasiswa Tahun Pertama Universiti, oleh saudara Hafiz Kusairi (pendidik di Maktab Rendah Anglo Chinese). Prihatin akan peranan penting para mahasiswa sebagai pemimpin masa depan masyarakat, penulis mencadangkan lima tips bagi mahasiwa tahun pertama universiti dalam apa jua jurusan dan di negara mana pun dengan tujuan ia akan membantu mahasiswa memanfaatkan masa pembelajaran di universiti sebaiknya demi mencapai kecemerlangan, sebagai inti pati penghayatan wasatiyah yang ingin diuar-uarkan oleh Wasat. Bacalah artikel ini, bagi mendapatkan apa dia lima tips itu.

Akhir sekali ialah artikel dalam bahasa Inggeris yang bertajuk Contradicting Wasatiyah: Are Theological Differences the Main Reason of Sectarianism?, oleh Ustaz Syed Huzaifah Alkaff. Artikel ini membicarakan satu fenomena pelampauan hari ini yang berpotensi untuk menimbulkan masalah dalaman masyarakat Islam Singapura dan keharmonian sosialnya juga. Fenomena ini ialah sektarianisme mazhab, atau taksub pada mazhab. Dalam melihat masalah ini, penulis berpendapat sering kali perbezaan tafsiran agama disalahkan sebagai puncanya. Kesimpulan mudah ini dirumuskan melalui apa yang berlaku di Timur Tengah hari ini yang sedang bergolak oleh konflik yang membabitkan pemeluk mazhab yang berbeza dalam Islam, iaitu Sunni dan Shiah. Tanpa menidakkan peranan perbezaan tafsiran agama, penulis berhujah bahawa disebalik konflik yang berlaku sebenarnya adalah soal politik dan kuasa, bukan perbezaan mazhab. Soal politik dan kuasa ini merujuk pada usaha beberapa pihak ingin menjadi adikuasa di rantau Timur Tengah atau kerana perebutan tampuk kuasa politik tempatan. Perbezaan sektarian hanya digunakan sebagai alat memobilisasi sokongan untuk kepentingan politik dan bukan maslahat agama. Perbezaan ini juga digunakan bagi merosakkan kewibawaan lawan yang kebetulan terdiri dari pemeluk mazhab yang berbeza. Atas dasar ini, Muslim Singapura tidak harus cepat menyalahkan mazhab lain hingga menjadikan perbezaan tafsiran agama dari mazhab yang berbeza yang telah berusia dan tidak terurai selama ratusan tahun hingga menjurus ke arah sektarianisme mazhab, menjejas keharmonian sosial dan memicu keganasan agama. Apa yang sedang berlaku di Timur Tengah tidak harus memadamkan fakta bahawa Muslim dari pelbagai aliran hijrah 1439mazhab (Sunni, Shiah dll.) pernah dan boleh hidup bersama secara harmoni bertahun-tahun lamanya sepanjang sejarah yang lampau.

Sekian.. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: