Dari Meja Penyunting… (Wasat, Edisi no. 19/February 2018)

bismillah(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.)

Alhamdulillah, Allah taala masih mengizinkan Wasat untuk bertemu para pembaca melalui edisi no. 19/Februari 2018.

Moga para pembaca berada di bawah rahmatNya dan terus beroleh manfaat dari edisi terkini ini.

Wasat sentiasa berusaha untuk membentangkan artikel-artikel dari pelbagai bidang yang menarik buat pembaca. Kali ini, tiga artikel dipilih.

Yang pertama adalah sumbangan Ustaz TM Fouzy TM Mahid Jumaat yang bertajuk Memahami Mutasyabihat dan Muhkamat Melalui Tafsir Ayat 7, Dari Surah Al Imran. Artikel ini boleh dikatakan sambungan bagi artikel pertama beliau yang diterbitkan oleh Wasat dalam edisi no. 17/Oktober 2017 atas topik yang sama. Artikel ini menghuraikan konsep ayat mutasyabihat dan muhkamat berdasarkan fahaman ulama Ahlussunnah Wal Jamaah (ASWJ) dari aliran Salaf dan Khalaf melalui perbahasan tafsir bagi ayat 7 dari surah Al Imran. Artikel ini menegaskan khilaf antara Salaf yang berpegang pada kaedah tafwidh dan Khalaf yang berpegang pada kaedah takwil di kalangan ASWJ adalah diterima. Yang ditolak adalah tajsim (menyerupakan Allah taala dengan sifat-sifat makhluk), walau pun jika ia mendakwa dari kalangan ASWJ.

Artikel kedua bertajuk Tafsiran Wasati Bagi Maksud Nusyuz: Kajian Perbandingan Antara Golongan Ulama Islam & Feminis Muslim yang ditulis secara bersama oleh Ustaz Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim dan Ustazah Zanaria Jusary. Artikel ini juga adalah sambungan dari artikel lalu yang ditulis oleh para penulis yang sama yang bertajuk Wasatiy Dalam Memahami Tafsiran Maksud Dharb Menurut Ulama, terbitan Wasat 18, edisi Disember 2017. Oleh itu, kedua-dua artikel ini bagus dibaca secara bersama untuk mendapatkan fahaman yang baik kerana topik yang dibincangkan saling berkaitan. Artikel kali ini membahaskan erti nusyuz yang terdapat Al-Quran melalui tafsiran ulama tradisional silam dan masa kini yang dibandingkan dengan tafsiran pemikir feminis Muslim. Walau pun artikel ini mengakui nusyuz juga boleh berlaku di pihak suami, tapi ia memfokuskan perbahasannya pada erti nusyuz pada isteri dengan melihat pada tafsir bagi ayat 34, dari surah Al-Maidah.

Artikel ketiga bertajuk Melayu Yang Hebat: Menanggapi Sejarah Dengan Kaca Mata Kesederhanaan. Artikel tulisan saudara Hafiz Kusairi ini membincangkan sikap yang sederhana dalam melihat sejarah, iaitu sejarah sebagai sumber pengajaran yang baik untuk diteladani dan yang buruk untuk dijauhi, tidak menjadikan sejarah sebagai sebab merasa megah dengan pencapaian silam semata-mata dan lebih buruk lagi untuk menyulut sikap perkauman terhadap bangsa lain, dengan memandang rendah terhadap mereka dan mengabsahkan akhlak keji serta tingkah laku yang zalim.

Sekian.. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta.

iqra

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: