DARI MEJA PENYUNTING… (WASAT, EDISI NO. 21/JUN 2018)

bismillah(Untuk versi penuh dalam format pdf, sila klik di sini. Untuk membaca setiap artikel bersendirian, sila klik tajuk setiap artikel di bawah.)

Dari meja penyunting….

Semoga para pembaca berada dalam rahmat Allah taala dan diberi kekuatan untuk tekun beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini dan bersempena dengan kehadiran Wasat edisi no. 21/Jun 2018.

Kehadiran Wasat kali ini juga bersempena dengan 17 Ramadan yang sering kali dikaitkan dengan tarikh penurunan wahyu pertama ke pada Rasulullah s.a.w – wahyu yang inti patinya ialah kehidupan yang berteraskan wasatiyah pada ilmu, iman dan amal.

Hampir menjelang juga setelah ini ialah 10 malam terakhir Ramadan – waktu yang digalakkan penggandaan amal sebagai penutup bagi Ramadan yang akan berlalu dan pemangkin bagi kehidupan yang lebih baik di hari-hari seterusnya.

Moga Allah taala memudahkan kita semua untuk mempertingkatkan ibadah di akhir-akhir Ramadan ini.

Wasat, pada kali ini, mengemukakan tiga artikel pilihan.

Artikel pertama bertajuk Dua Sudut Pelampauan: Golongan Puritan dan Liberal Dalam Beragama, sumbangan Ustaz Dr. Mohamed bin Ali dan Dr. Muhammad Mubarak. Artikel ini membicarakan dua golongan yang bersifat anti-tesis pada wasatiyah; a) golongan yang condong pada tafsiran agama yang bersifat sempit, tegar dan kadangkala ganas dengan tujuan memurnikan agama dari penyelewengan yang bersebabkan dari pengaruh kemodenan, dan b) golongan yang dakwa cuba melakukan reformasi ke atas umat Islam agar bebas dari belenggu kejumudan dan kemunduran masa silam dengan menyesuaikan fahaman dan amalan agama berdasarkan prinsip fahaman liberalisme supaya dapat mencapai tahap kemajuan yang sama yang dicapai oleh Barat.

Artikel kedua Sikap Ulama Saudi Terhadap Polisi Wasatiyah Putera Muhammad bin Salman Al-Saud, oleh Ustaz Mustazah Bahari. Artikel ini memberi pengenalan ringkas akan inisiatif wasatiyah yang diwar-warkan oleh Putera Mahkota Muhammad bin Salman dari Arab Saudi. Ia kemudian membicarakan sikap dan tanggapan ulama Saudi terhadap inisiatif ini. Dapatan penulis ialah ulama Saudi tidak bersepakat dalam menanggapi isu ini. Ramai yang bersifat suam-suam kuku, ada yang menyokong dan ada pula yang membantah. Namun penulis berpendapat inisiatif ini mungkin membuka jalan bagi Saudi untuk melangkah seperti negara Teluk yang lain, iaitu Emiriah Arab Bersatu dan Oman, iaitu lebih terbuka dari keadaan sekarang.

Artikel ketiga bertajuk A Wasatiyah Approach to Seeking Knowledge: Inclusivity and Open-mindedness, oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan. Artikel ini membicarakan sikap yang benar dan saksama dalam mencari ilmu, iaitu keterbukaan dan inklusif atas keyakinan bahawa Allah kurniakan ilmu dan kebijaksanaa kepada semua golongan dan tidak terhad atau dimonopoli oleh Muslim sahaja. Artikel ini berusaha membetulkan sikap skeptisisme yang berlebihan oleh sesetengah Muslim dalam menerima atau menggali ilmu dari sumber-sumber bukan Muslim atas andaian ia bakal menjejas kefahaman Islam dan jatuh dalam tipu daya serta kesesatan mereka. Namun, artikel ini juga meletakkan beberapa prinsip bagi memandu Muslim mengambil ilmu dari sumber-sumber yang luas dan terbuka. Ia bukan satu anjuran penerimaan mutlak atau pengagungan melampau khazanah Barat yang mendominasi segenap bidang ilmu masa kini.

Artikel keempat bertajuk When Mosques Become Contested Spaces, sumbangan Azfar Anwar. Artikel ini mengulas isu kontroversi yang berlaku beberapa bulan yang lalu berkaitan penganjuran jamuan makan untuk warga emas penghuni sebuah rumah tumpangan yang diselingi dengan musik dan tarian di sebuah masjid tempatan. Artikel ini berhujah apa yang berlaku bukan lah sesuatu yang jauh menyimpang kerana masjid dari sejak zaman silam mempunyai fungsi yang pelbagai seperti ibadah, aktiviti kemasyarakatan, pengajian ilmu dan budaya dan dibina dengan ruang-ruang yang berbeza bagi aktiviti yang bukan ibadah khusus seperti solat, tilawah Al-Quran dan berzikir. Dalam konteks semasa pun, apa yang berlaku, iaitu acara bermusik dan “tarian” di ruang pelbagai guna masjid, sudah pun didahului oleh aktiviti senaman kesihatan kebayarobik bagi kaum wanita, tanpa apa-apa cemuhan. Penulis berpendapat, kalau pun acara berkenaan tidak dipersetujui, terdapat ruang unedi mubaraktuk berlapang dada dan reaksi negatif yang ditunjukkan agak berlebihan yang perlu dijauhi. Kededua ini sesuai dengan nilai wasatiyah.

Akhir sekali… Id Mubarak untuk sekalian pembaca.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: